Salah kiblat????

>> Monday, January 25, 2010


Ketika aku menjadi penganggur sementara aku telah pn melancong ke negeri cik siti wan kembang bersama cousin aku yg bekerja sbg guru... dalam perjalanan pulang ke ktn. kami berborak dan berborak hingga timbul isu yang masih ramai tidak mengetahui..Benarkah masjid kristal yang dibina pada tahun 2006 tersalah arah kiblat?? Ahh, membazirnya kalau perkara itu benar..
Masjid ini menjadi kebanggaan rakyat malaysia. seni binanya lambang kemodenan islam di malaysia... Ketika menaiki jambatan telah nampak tersergam indah majid ini.. terletak di Pulau Wan Man kira2 7 km dr bandar kuala terngganu..
Kami terasa ingin mendapatkan kesahihannya.. Lalu, kami membuat keputusan untuk singgah sebentar di masjid kristal tersebut.. sampai di situ kami terus sahaja parking kereta dan terus menuju ke dlm masjid...ternyata begitu ramai org melawat masjid ini dan ader juga yg mengambil peluang untuk solat di dlm masjid ini... Mungkin mereka ini golongan yang tidak mengetahui hal tersebut...Penunjuk arah kiblat yg baru di beli terus di keluarkn...agak lama kami memerhatikn alat tersebut...sehingga ada org pelik melihat gelagat kami...
Ternyata.. setelah 15 min mengkaji kami mendapat kepastian, mmg ader kebenaran nyer masjid ini sedikit lari arah kiblatnyer.. 5 darjah jugak larinyer..
maka tidak hairan la masjid ini dijadikan tempat melancong sahaja bkn tempat untuk solat fardhu mahupn jumaat..Alangkah ruginya binaan masjid ini.. Diluar nampak indah, tp dlam nyer..............................SIAPA YANG HARUS DISALAHKN?


1 comments:

pakcu January 25, 2010 at 10:29 PM  

ko nih menaip blog mcm taip buku sejarah..tak reti nak ada perenggan.
BM dengar ceritanya dapat A1 dulu..
kena belajar menulis lagi kau nih hahah
main shortform je..KTN..ingat semua org tahu ke ? Mcm SMS plak..

aku nak beriani kambing TAJ. atau mana2 kedai yg ada beriani kambing sebagai pengeras..
nak bagi pencerahan nanti aku plak yg mental..asyik jawab x faham je..arghhh..

Post a Comment

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP